Sinopsis:
TAI dan KUN merupakan dua orang kawan
baik yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka yang
suka bergaduh dan mencuri telah menyebabkan mereka bertembung dengan
ahli � ahli Geng Pink dan Purple. Oleh kerana Tai dan Kun telah
membelasah kedua � dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, MANAN
dan ketua Geng Purple, SARIP merasa tertarik dengan kehebatan mereka
berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka. Sikap Tai
dan Kun yang tamak telah menyebabkan mereka menerima pelawaan dua � dua
geng tanpa pengetahuan ketua geng masing � masing. Geng Pink dan Geng
Purple merupakan musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing
dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan
hebat telah menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan
mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih
kaya. Semenjak daripada itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi dengan
kemewahan. Kesetian Tai dan Kun hanya terletak pada wang. Namun, Geng
Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan
mereka sering dihidu polis. Masing � masing mula menunding jari menuduh
geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai
dan Kun dituduh sebagai dalanganya namun Sarip dan Manan tidak percaya.
Siapakah dalang yang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan
Kun?
Post a Comment