Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan seorang pemuda
bernama IJAM yang mengalami masalah untuk mencari teman wanita. IJAM
yang tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan wanita. IJAM
bekerja disebuah pusat video berjumpa dgn ramai wanita setiap hari namun
percubaannya tetap gagal. IJAM mempunyai beberapa sahabat karib iaitu
RIZAL, KEYRA & AZOL. mereka sering bertemu untuk meluangkan masa
bersama. pada suatu hari, selepas ijam menonton wayang bersama
sahabatnya, ijam diberi sekeping flyer oleh seorang gadis comel. di atas
flyers tersebut mempromosikan website www.arjunakasih.com.my. yang
memberi tips untuk memikat wanita. Ijam tertarik lalu menyimpannya. Ijam
melayari laman web ARJUNA KASIH dan dibawa ke alam fantasi dimana
ARJUNA muncul dlm bentuk fizikal bagai sebuah pari-pari, dan berjanji
akan membantu Ijam dlm usahanya untuk mencari cinta. Maka bermulalah
satu demi satu detik permulaan pertemuan [blindate] Ijam dengan
wanita-wanita antaranya yang diaturkan sendiri RIZAL. Namun hatinya
tetap tidak serasi dgn gadis-gadis tersebut, ada saja kekurangan dan
masalah setiap kali pertemuan diatur. Dalam tidak sedar rupa-rupanya
Ijam & Keyra menaruh hati terhadap satu sama lain. Namun
masing-masing takut untuk meluahkan dan sangsi sekiranya cinta bertepuk
sebelah tangan. Ijam menghubungi Keyra untuk mengajaknya keluar ke cafe.
Keyra begitu gembira apabila menerima pelawaan Ijam. Tiba disana Ijam
memperkenalkan Keyra dgn seorang wanita, yang mana kawan sekerja Keyra
iaitu Sheila. keyra yang hampa, terpaksa meninggalkan mereka berdua dgn
alasan ada urusan yang perlu diselesaikan. Keyra yang kecewa membuat
keputusan untuk berpindah ke Istanbul. Pada malam Keyra hendak berlepas,
Ijam mengejar dan akhirnya gagal kerana pesawat sudah pun berlepas.
Ijam yang kecewa mengajak Rizal & Azoe menemaninya mencari
ketenangan di ICT. Sebaik sampai disana, Ijam terkejut apabila mendapati
Keyra sedang duduk bersama dgn Rizal & Azoe. Ijam segera
mendapatkan Keyra dan melutut meminta maaf dan meminta Keyra menerimanya
sebagai kekasih. Semasa Ijam ke tandas, Keyra mengeluarkan sekeping
kertas senarai lalu memangkah salah satu dari senarai yang tertulis
"PASTIKAN DIA MELUTUT" lalu dia menoleh kepada kamera dan tersenyum.
Post a Comment