Sinopsis:
Budak Pailang, sebuah filem remaja
aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak � budak Pailang. Perkataan
PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang
merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling
mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun,
Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk
memukul Badrul dan kawan � kawannya. Geng Budak Nakal terserempak
dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah
Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. Bermula
daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan
cinta. Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa
sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek
kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan
diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy
Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. Kehidupan Badrul berubah
menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang
yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun
banyak halangan yang menghalangnya. Siapakah yang terkorban? Dapatkah
Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu?
Post a Comment