Sinopsis:
Hazama seorang anak muda yang
mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama
teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal,
sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng,
BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.
Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke
bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang
melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan HAZAMA
berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup
keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup
dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman
wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK. Masa
berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD,
sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad,
HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK
SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan
bertemu dengan kakaknya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara
mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas
sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA
mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu,
terdapat kisah sedihnya. Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana
pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA
dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan CINTA
ATAS TAR di pawagam tidak lama lagi.
Post a Comment