Sinopsis:
Dia kecil! Dia genius! Dia IRFAN!
Seorang kanak � kanak yang genius dan petah bercakap yang diamanahkan
oleh ayahnya EN FAUZAN untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air
Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil,
kemampuannya di ragui oleh ALONG dan BOB. Along dan Bob merupakan dua
orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil
kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang � barang
percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Irfan dalam
menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah
Irfan mengenakan tindakan terhadap mereka. Along dan Bob diturunkan
pangkat dan sering diarahkan melakukan kerja � kerja pembersihan di
sekitar Taman Tema tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka tekad
untuk melakukan satu pengkhianatan. Irfan, meskipun masih kecil
mempunyai satu lagi amanah yang amat besar yang harus ditunaikannya.
Arwah ibu Irfan telah meminta Irfan untuk mencarikan isteri untuk En
Fauzan supaya mereka tidak akan merasa sunyi tanpanya. Irfan yang
berkenan pada CIK NISA telah cuba untuk menyatukan mereka namun setelah
mengetahui bahawa Cik Nisa sudah mempunyai anak, Irfan pantas
beranggapan yang Cik Nisa sudah mempunyai keluarganya sendiri. Mampukah
Irfan mencari calon isteri untuk En Fauzan? Adakah Along dan Bob akan
teruskan niat mereka untuk mengkhianati En Fauzan? Dapatkah Irfan
menyelamatkan Taman Tema tersebut?
Post a Comment