Latest Movie :
Recent Movies

ISTANBUL AKU DATANG (2012)


Pengarah : Bernard Chauly
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.) , Red Films Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi, Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 08 Nov 2012
Durasi : 99 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Pengarah
Bernard Chauly
Penulis:
Rafidah
:
(Cerita Asal)
Rafidah
:
(Lakon layar)
Lakonan:
Lisa Surihani
:
Dian (Pelakon Utama)
Tomok
:
Azad (Pelakon Utama)
Beto Kusyairi
:
Harris (Pelakon Utama)
Aizat Amdan
:
Ijoi (Pelakon Pembantu)
Farid Ramlee
:
Nadim (Pelakon Pembantu)
Mert Yavuzcan
:
Cihan (Pelakon Pembantu)
Berke Sanli
:
Omar (Pelakon Pembantu)
Gizem Soysaldi
:
Melis (Pelakon Pembantu)
Emrah Ozdemir
:
Pengemis Buta (Pelakon Pembantu)
Alev Ucael
:
Mr. Suleyman (Pelakon Pembantu)
Krew:
Wong Hui Lynn
:
(Penyunting)
Umi Salwana binti Omar
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
Tengku Iesta Tengku Alaudin
:
(Penerbit Eksekutif)
Lina Tan Suan Jeu
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu - rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?

HANTU KAPCAI (2012)


Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Syarikat Penerbit : Showbiz Productions Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 27 Sep 2012
Durasi : 87 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pengarah
Ghaz Abu Bakar

 
Lakonan:
Zizan Raja Lawak
:
Ajib (Pelakon Utama)
Remy Ishak
:
Tiger (Pelakon Utama)
Fizz Fairuz
:
Ibrahim (Pelakon Utama)
Izzue Islam
:
Man Greng (Pelakon Pembantu)
Riz Amin
:
Raqim (Pelakon Pembantu)
Neelofa
:
Khadijah (Pelakon Pembantu)
Dian P. Ramlee
:
Mak Ros (Pelakon Pembantu)
Sabri Yunus
:
Ayah Ajib (Pelakon Pembantu)
Chew Kin Wah
:
Mendiang Suami Aunty Mary (Pelakon Pembantu)
Wong Yok Kim
:
Aunty Mary (Pelakon Pembantu)
Krew:
Mohd Shaufe Bin A. Wahib
:
(Pengarah Fotografi)
Ezarisyirwan bin Basri
:
(Penyunting)
Johan Lucas
:
(Pengarah Seni)
Mohd Halrimazle bin Razali
:
(Pengarah Seni)
Arinah binti Emran
:
(Pembantu Pengarah)
Sinopsis:
Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib, seorang mat rempit yang terbunuh dalam perlumbaan motor haram. Ajib tinggal bersama ibunya, Mak Ros dan adik lelakinya, Akim. Semasa hayatnya, dia telah meminjam wang dari Ah Long untuk menampung kos perubatan ibunya. Pada satu malam, dalam keadaan yang terdesak, Ajib bersetuju untuk berlumba haram dan membuat pertaruhan dengan Tiger. Ajib terbunuh dalam perlumbaan itu apabila Tiger menggunakan taktik kotor untuk menang. Apabila dia bangun, dia terlihat jenazah yang menyerupai dirinya di tengah ruang tamu sambil diperhatikan dan dibacakan Yasin oleh Mak Ros, Akim dan orang kampung. Konflik terjadi apabila Ah Long dan Tiger datang ke rumah dan mengugut Mak Ros dan Akim untuk membayar hutang hutang Ajib. Ajib menyedari bahawa keluarganya berada dalam bahaya, lalu berjumpa dan meminta pertolongan daripada Ibrahim, setelah mendapat tahu hanya dia yang dapat melilhat Ajib. Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan halal yang di anjurkan oleh YB Mansur dengan harapan untuk membayar segala hutang Ajib. Berjayakah Akim dalam perlumbaan itu dalam membantu abangnya untuk melangsaikan hutang hutangnya?

TAIKUN (2012)


Pengarah : Ismail Bob Hashim
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : 18PL
Tarikh Tayangan : 04 Okt 2012
Durasi : 85 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pengarah
Ismail Bob Hashim

 
Penulis:
Ismail Bob Hashim
:
(Cerita Asal)
Fadzil Zahari
:
(Scriptwriter)
Lakonan:
Angah Raja Lawak
:
Tai (Pelakon Utama)
Along Cham
:
Kun (Pelakon Utama)
Zul Handyblack
:
Manan (Pelakon Pembantu)
Liana Rafiai
:
Shasha (Pelakon Pembantu)
Alex Yanz
:
Sarip (Pelakon Pembantu)
Krew:
Brian Ng
:
(Penyunting)
John Kajang
:
(Pengarah Seni)
Eoon bin Shuhaini
:
(Pembantu Pengarah)
Mohd Azaromi bin Mohd Ghozali
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
Mejar (K) David Teo
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
TAI dan KUN merupakan dua orang kawan baik yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka yang suka bergaduh dan mencuri telah menyebabkan mereka bertembung dengan ahli � ahli Geng Pink dan Purple. Oleh kerana Tai dan Kun telah membelasah kedua � dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, MANAN dan ketua Geng Purple, SARIP merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka. Sikap Tai dan Kun yang tamak telah menyebabkan mereka menerima pelawaan dua � dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing � masing. Geng Pink dan Geng Purple merupakan musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat telah menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya. Semenjak daripada itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi dengan kemewahan. Kesetian Tai dan Kun hanya terletak pada wang. Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing � masing mula menunding jari menuduh geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalanganya namun Sarip dan Manan tidak percaya. Siapakah dalang yang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun?

AKU TERIMA NIKAHNYA (2012)


Pengarah : Eyra Rahman
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Cinta
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 11 Okt 2012
Durasi : 87 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pengarah
Eyra Rahman

 
Lakonan:
Adyputra
:
Johan (Pelakon Utama)
Nora Danish
:
Arlisa (Pelakon Utama)
Mon Ryanti
:
Suriya (Pelakon Pembantu)
Alex Yanz
:
Yusry (Pelakon Pembantu)
Zalif Sidek
:
Suami (Pelakon Pembantu)
Kamal Faridz
:
Azim (Pelakon Pembantu)
Datuk Ahmad Tamimi Siregar
:
Mansur (Pelakon Pembantu)
Azizah Mahzan
:
Rohaya (Pelakon Pembantu)
Dian P. Ramlee
:
Maria (Pelakon Pembantu)
Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar
:
(Pengarah Fotografi)
John Kajang
:
(Pengarah Seni)
Johanna binti Johan Ariffin
:
(Pembantu Pengarah)
Brian Ng
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
Mejar (K) David Teo
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
Sebuah kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish), yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka. Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa. Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu. Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan. Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya. Adakah Arlisa akan mengalah dan melangkah pergi? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?

NGORAT (2012)


Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 04 Okt 2012
Durasi : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Pengarah
Prof Madya A. Razak Mohaideen

 
Lakonan:
Iedil Putra
:
Ijam (Pelakon Utama)
Aaron Aziz
:
Arjuna Kasih (Pelakon Utama)
Erra Fazira
:
Keyra (Pelakon Utama)
Nas-T
:
Azoe (Pelakon Pembantu)
Zain Ruffedge
:
Rizal (Pelakon Pembantu)
Krew:
Faizul A. Rashid
:
(Penyunting)
Opie
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
Tengku Iesta Tengku Alaudin
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan seorang pemuda bernama IJAM yang mengalami masalah untuk mencari teman wanita. IJAM yang tidak mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan wanita. IJAM bekerja disebuah pusat video berjumpa dgn ramai wanita setiap hari namun percubaannya tetap gagal. IJAM mempunyai beberapa sahabat karib iaitu RIZAL, KEYRA & AZOL. mereka sering bertemu untuk meluangkan masa bersama. pada suatu hari, selepas ijam menonton wayang bersama sahabatnya, ijam diberi sekeping flyer oleh seorang gadis comel. di atas flyers tersebut mempromosikan website www.arjunakasih.com.my. yang memberi tips untuk memikat wanita. Ijam tertarik lalu menyimpannya. Ijam melayari laman web ARJUNA KASIH dan dibawa ke alam fantasi dimana ARJUNA muncul dlm bentuk fizikal bagai sebuah pari-pari, dan berjanji akan membantu Ijam dlm usahanya untuk mencari cinta. Maka bermulalah satu demi satu detik permulaan pertemuan [blindate] Ijam dengan wanita-wanita antaranya yang diaturkan sendiri RIZAL. Namun hatinya tetap tidak serasi dgn gadis-gadis tersebut, ada saja kekurangan dan masalah setiap kali pertemuan diatur. Dalam tidak sedar rupa-rupanya Ijam & Keyra menaruh hati terhadap satu sama lain. Namun masing-masing takut untuk meluahkan dan sangsi sekiranya cinta bertepuk sebelah tangan. Ijam menghubungi Keyra untuk mengajaknya keluar ke cafe. Keyra begitu gembira apabila menerima pelawaan Ijam. Tiba disana Ijam memperkenalkan Keyra dgn seorang wanita, yang mana kawan sekerja Keyra iaitu Sheila. keyra yang hampa, terpaksa meninggalkan mereka berdua dgn alasan ada urusan yang perlu diselesaikan. Keyra yang kecewa membuat keputusan untuk berpindah ke Istanbul. Pada malam Keyra hendak berlepas, Ijam mengejar dan akhirnya gagal kerana pesawat sudah pun berlepas. Ijam yang kecewa mengajak Rizal & Azoe menemaninya mencari ketenangan di ICT. Sebaik sampai disana, Ijam terkejut apabila mendapati Keyra sedang duduk bersama dgn Rizal & Azoe. Ijam segera mendapatkan Keyra dan melutut meminta maaf dan meminta Keyra menerimanya sebagai kekasih. Semasa Ijam ke tandas, Keyra mengeluarkan sekeping kertas senarai lalu memangkah salah satu dari senarai yang tertulis "PASTIKAN DIA MELUTUT" lalu dia menoleh kepada kamera dan tersenyum.

HANTU AIR (2012)


Pengarah : Murali Abdullah
Syarikat Penerbit : Multimedia Entertainment Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 06 Sep 2012
Durasi : 97 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Pengarah
Murali Abdullah

 
Penulis:
Murali Abdullah
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
Saiful Apek
:
Yassin (Pelakon Utama)
Krew:
Abang
:
(Pengarah Fotografi)
Christopher Roland Ewely Khoo
:
(Penyunting)
Ujang
:
(Pengarah Seni)
Wawa
:
(Pembantu Pengarah)
Sinopsis:
Dia dahagakan manusia... Disebabkan kecuaian, botol yang mengurung roh jahat, telah jatuh ke dalam sebuah tasik di sebuah resort percutian. Selepas kejadian itu, resort yang diuruskan oleh MAWAR itu mula mengalami bermacam-macam kejadian yang pelik dan mengerikan. Hal ini dirumitkan lagi dengan kedatangan tetamu-tetamu resort itu yang seolah turut menyimpan rahsia mereka sendiri. FAUZI yang baru kehilangan isteri dan anak, sampai di resort itu tanpa sebarang perancangan. Namun, selepas berkenalan dengan Mawar, timbul persahabatan di antara mereka, sehingga akhirnya, diketahui tentang masalah tekanan jiwa yang dihadapi Fauzi. Mawar cuba membantu, dan tidak dapat tidak, timbul bibit percintaan di antara mereka. Pasangan Ramli dan Ros pula datang bersama anak-anak dengan harapan untuk bercuti. Namun, dengan gaya sombong dan berlagak, mereka dapati pakej percutian itu hanya indah khabar dari rupa sahaja. Bagi pasangan kawan baik, Jennifer dan Alicia pula, kegemaran mereka dalam aktiviti lasak, membuatkan mereka begitu terpegun dengan keindahan flora dan fauna di sekitar kawasan itu. Pasangan Roni dan Shiela pula seolah-olah cuba menjadikan tempat terpencil itu sebagai sarang untuk memadu cinta terlarang mereka. Walau apapun niat awal mereka, jelmaan Hantu Air di sekitar kawasan tasik itu bakal menggegarkan segala rancangan percutian mereka. Seorang demi seorang menjadi mangsa, sehingga akhirnya, mereka tiada ruang untuk mengetepikan serangan mistik itu. Demi memastikan kepuasan tetamu, para pekerja di resort itu, antaranya, Kaduk, Ramesh dan Yassin cuba mengetepikan segala prasangka buruk, dan memastikan segala keperluan tetamu mereka di situ dipenuhi. Pun begitu, apabila berulangkali kejadian misteri menimpa, mereka sendiri takut memikirkan nasib mereka di situ. Hal ini akhirnya memaksa pemilik resort itu untuk mendapatkan khidmat sepasang bomoh untuk menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, bomoh ’celup’ yang tidak mempercayai akan kehadiran Hantu Air itu, akhirnya menerima penangan hebat selepas melihat sendiri jelmaan mistik itu. Tanpa sebarang jalan penyelesaian, roh jahat itu semakin mengganas. Tok Moh, bomoh yang juga merupakan ayah Mawar, muncul untuk membantu. Bersama para pekerja di situ, mereka merancang untuk menangkap dan menjahanamkan entiti hitam itu sekaligus. Mereka menghadapi masalah, apabila roh itu merosakkan semua rancangan awal mereka. Menyukarkan lagi keadaan, roh jahat itu turut mampu menukar ke watak-watak lain yang dikenali. Tiada jalan keluar, mereka semua terpaksa juga berdepan dengan kemelut itu. Sama ada mereka, atau Hantu Air itu, salah satu pihak bakal terhapus dan dihapuskan sepenuhnya pada malam kemuncak itu.

PE3 (2012)


Pengarah : Farid Kamil
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 18 Okt 2012
Durasi : 88 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pengarah
Farid Kamil

 
Penulis:
Fadzil Zahari
:
(Cerita Asal)
Fadzil Zahari
:
(Scriptwriter)
Farid Kamil
:
(Scriptwriter)
Lakonan:
Farid Kamil
:
Megat (Pelakon Utama)
Kamal Adli
:
Fumi (Pelakon Utama)
Diana Amir
:
Lina (Pelakon Pembantu)
Along Eyzendy
:
Along (Pelakon Pembantu)
Taiyuddin Bakar
:
Chat (Pelakon Pembantu)
Soya
:
Chendol (Pelakon Pembantu)
Fyza Kadir
:
Fyza (Pelakon Pembantu)
Nik Amir Azafiq
:
Afiq (Pelakon Pembantu)
Jeff Beh
:
Jerry (Pelakon Pembantu)
Yus Raja Lawak @ Yus Jambu
:
Nelayan 1 (Pelakon Pembantu)
Tauke Jambu
:
Nelayan 2 (Pelakon Pembantu)
Nazaruddin Abd Razak
:
Pemandu Lori Kontena (Pelakon Pembantu)
Pancho
:
Pelanggan Kereta Gila (Pelakon Pembantu)
Krew:
Mohamad Ridhuwan bin Zainal Abidin
:
(Pengarah Fotografi)
John Kajang
:
(Pengarah Seni)
Razif Abdul Rashid
:
(Pembantu Pengarah)
Dalilah Adnan
:
(Pembantu Pengarah)
Fuad Khesim
:
(Pembantu Pengarah)
Ahmad Razif
:
(Pengurus Lokasi)
Nis Matrus
:
(Jurusolek Artis)
Afandi Daud
:
(Jurusolek Artis)
Brian Ng
:
(Pereka Bunyi)
Azahari Abdul Hamid
:
(Penyelaras Produksi)
Penerbit:
Mejar (K) David Teo
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?

BUDAK PAILANG (2012)


Pengarah : Hashim Rejab
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Klasifikasi : 18PL
Tarikh Tayangan : 01 Nov 2012
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pengarah
Hashim Rejab

 
Lakonan:
Aeril Zafrel
:
Badrul (Pelakon Utama)
Wawa Zainal
:
She (Pelakon Utama)
Zalif Sidek
:
Awang (Pelakon Pembantu)
Epy Raja Lawak
:
Achoi (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack
:
Alex (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib
:
Mak Bad (Pelakon Pembantu)
Din CJ
:
Ayah Bad (Pelakon Pembantu)
Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar
:
(Pengarah Fotografi)
Nordin Ismail
:
(Penyunting)
Brian Ng
:
(Penyunting)
Wan Suriya Wan Deraman
:
(Pembantu Pengarah)
Fairoz Admi
:
(Pembantu Pengarah)
Najiyah bt A Rahim
:
(Penyelaras Produksi)
Penerbit:
Mejar (K) David Teo
:
(Penerbit Eksekutif)
Sinopsis:
Budak Pailang, sebuah filem remaja aksi yang memaparkan realiti kehidupan budak � budak Pailang. Perkataan PAILANG di sini membawa kepada cerita BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, jahat, dan suka membuli. Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Nizam) yang nerdy dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah geng Budak Nakal untuk memukul Badrul dan kawan � kawannya. Geng Budak Nakal terserempak dengan Badrul yang sedang mengorat SHE (Wawa Zainal) dan mula membelasah Badrul. Badrul cedera teruk kerana cuba melindungi She. Bermula daripada kejadian tersebut, She dan Badrul mula menjalinkan hubungan cinta. Dirumah, Badrul lebih bersikap mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya, ESAH tanpa sebarang reaksi. Dek kerana sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia dadah dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang pengedar dadah yang terkenal. Kehidupan Badrul berubah menjadi senang lenang dan kaya. Sehinggalah Badrul kematian seseorang yang sangat disayanginya. Badrul mula sedar diri dan mahu berubah namun banyak halangan yang menghalangnya. Siapakah yang terkorban? Dapatkah Badrul berubah meninggalkan hidupnya yang pailang dahulu?
Powered by Blogger.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SMO Tonton Online & Download Malay Movie Full - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger